Resepi Masak Gulai Lemak Pisang Pucuk Paku Cili Padi

Masakan kampung istimewa ini khas bagi mereka yang suka makanan yang pedas-pedas.Mudah disediakan dan sesuai sangatlah buat pembuka selera pada makan tengah hari nanti.

Cara Masak Resep Tips Petua


Bahan-bahan:

15 biji pisang lemak manis

1 ikat pucuk paku

santan dari 1 biji kelapa

2 keping asam gelugur

Garam ,gula dan aji secukup rasa

Bahan-bahan untuk dikisar:

15 biji cili padi
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
kunyit hidup
sedikit ikan bilis
1 sudu besar lada hitam

Cara menyediakan:

Pisang dibersihkan dan dipotong ikut suka.Rendamkan di dalam air. Kemudian tuskan.Tuangkan santan di dalam periuk.Masukkan bahan-bahan kisar serta asam gelugur.Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana hingga mendidih. Masukkan pula pisang dan pucuk paku.masukkan garam.,gula dan aji, Masak hingga pisang empuk…bila pisang dah empuk,dah cukup rasa dan dah masak ,matikan api dan angkat,