RESEPI TELUR DADAR GULUNG SARDIN


Resepi,Resipi,Resep,Masak,Melayu,Indonesia,Kini,Goreng,Rebus,Pedas,Bakar,Panggang,Manis,Ikan,Lauk

Bahan-bahan:
610 gm air
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Bahan inti:
20 gm rempah kari ikan
1 tin sardin - dihancurkan
1/2 biji kentang
100 ml air
4 biji cili merah/Cili padi hiris
2 biji bawang besar
5 sudu makan minyak masak
5 ulas bawang putih cincang
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua adunan hingga menjadi seperti adunan goreng pisang.
2. Kemudian masak di atas kuali dan leperkan secara membulat satu persatu hingga habis. Ketepikan.
3. Untuk membuat inti, panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan putih hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari dan sikit air dan masak hingga terbit minyak.
5. Masukkan kentang, sardin, cili, garam dan gula dan tunggu hingga masak.
6. Ambil dadar tadi, letakkan inti di atasnya dan gulung. Sedia untuk di hidang