Simbol Logo Twitter Terbaru 2012

Twitter memperkenalkan simbol baru “Twitterbird” hari ini sebagai ciri utama kepada syarikat rangkaian sosial global yang semakin berkembang itu.

Twitter

“Lebih enam tahun dunia semakin mengenali simbol kecil burung biru. Burung itu berada di mana saja dan sentiasa dikaitkan dengan perkhidmatan Twitter.

“Mulai hari ini, anda akan mengenali burung logo Twitter yang lebih ringkas. Kini, burung terbabit akan dikenali sebagai simbol Twitter,” kata Pengarah Eksekutifnya, Doug Bowman di sini, hari ini. – AFP