Dapatkan Tablet 1Malaysia Pad Limited Edition

Tablet '1Malaysia Pad' bakal jadi rebutan berikutan aplikasi itu kini sudahpun berada dipasaran dengan harga permulaan RM999 edisi terhad sebanyak 1000 unit.

Tempah Ciri ciri Telifon Bimbit selular Malaysia samsung galaxy Mini 2 Ipad Iphone csl G3

MalTechPro Sdn Bhd telahpun memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.Tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.

Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.

"Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain,tablet yang menggunakan sistem Android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G.

Selain itu, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.

Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara.