Video Transit Planet Zuhrah Melintas Matahari 6 jun 2012

Hari ini fenomena yang luar biasa dan julung kalinya berlaku iaitu transit planet Zuhrah.Secara ringkas mengenainya,planet Zuhrah akan melintas di antara matahari dan bumi dan ia dapat dilihat pada permukaan matahari.

Fenomena Matahari Planet Zuhrah

Hari ini fenomena yang luar biasa dan julung kalinya berlaku iaitu transit planet Zuhrah.Secara ringkas mengenainya,planet Zuhrah akan melintas di antara matahari dan bumi dan ia dapat dilihat pada permukaan matahari

Semasa proses transit itu,planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu tompok kecil berwarna hitam melintasi hadapan permukaan matahari

Untuk makluman dijangka proses transit seterusnya akan berlaku pula pada tahun 2117 iaitu 105 tahun yang akan datang

Di Malaysia,keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan.Bermula sentuhan pertama pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari

Sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya matahari