Watch Johnny Bikin Filem Full Movie 2012

Download Muat Turun Tonton Online Streaming sinopsis OST filem Johnny Bikin Filem mengisahkan Johnny mula dianggap sebagai godfather bila ia terlibat menerbitkan filem secara bebas di Singapura dan ia berada di tengah-tengah kegiatan samseng yang diketuai oleh Towkeh Wong dan Towkeh Fong.



Johnny merapati primadona bangsawan Siti Rafeah yang dibimbing oleh Pak Shariff Sutero. Johnny beralih selera kepada Siti Kamaliah, adik kepada Siti Rafeah. Johnny bermuafakat dengan Towkeh Wong untuk melindungi nyawa Siti Kamaliah tapi Towkeh Wong menolak. Johnny mengugut nyawa Towkeh Wong. Mastar memperkecilkan keupayaan Johnny sebagai godfather dan mencabar Johnny. Yusof Telo melindungi dan mengukuhkan kedudukan Johnny dalam dunia perfileman dan menghapuskan kuncu-kuncu Mastar. Yusof Telo turut melindungi kesemua perempuan simpanan Johnny. Ketika menandatangani kontrak dengan Towkeh Fong untuk Johnny menguasai sebahagian dunia perfileman di Singapura, Mastar membunuh Towkeh Fong. Mastar meluaskan kuasanya dengan menggangu kawasan-kawawsan di bawah kepentingan Johnny. Dalam kejadian tembak menembak Johnny turut cedera. Siti Rafeah tinggalkan filem dan menyanyi di Happy World Cabaret. Siti Kamaliah berlakon di pentas bangsawan. Johnny bersemuka dengan Mastar berhubung dengan jajahan kuasa masing-masing di Singapura. Siti Rafeah mengahwini Pak Shariff Sutero tapi cemburu dan dendamnya terhadap Siti Kamaliah tidak pernah padam. Johnny dan Yusof Telo menemui Towkeh Wong mati dibunuh di godownnya. Johnny resah dan menyuruh isterinya terbang ke Brunei. Orang-orang Mastar terus menghambat Johnny di persembunyiannya di godown. Penggambaran filem terbitan Johnny diadakan di lokasi. Di lokasi ini Johnny ditembak mati oleh seorang sniper.

Pengarah : Dr.Anuar Nor Arai
Syarikat Penerbit : Universiti Malaya
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Drama
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 2012

Download Muat Turun Unggah

Triler filrm Johnny Bikin Filem belum tersedia..