Zulkifli Hir Masih Hidup

Anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) kelahiran Muar, Zulkifli Hir, yang didakwa terbunuh dalam serangan udara tentera Filipina Februari lepas, dipercayai masih hidup tetapi cedera parah.

Pengganas Diburu Dibunuh Mati Cedera Kejam Polis Muar Johor

Menurut sumber perisikan serantau, Zulkifli yang lebih dikenali dengan nama samarannya, ”Marwan”, kini disembunyikan kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Jolo dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Sumber itu, yang enggan mendedahkan dirinya disebabkan maklumat tersebut amat sensitif, juga berkata kumpulan Abu Sayyaf yang melindungi Zulkifli kerap berpindah daripada satu lokasi ke lokasi lain bagi mengelak dikesan.

"Mereka (kumpulan Abu Sayyaf) kerap berpindah kerana tekanan yang amat kuat (daripada tentera Filipina yang dibantu tentera Amerika Syarikat),” katanya. — BERNAMA