Adik Penyanyi wanita Popular Samun Warga Singapura Dipenjara 7 Tahun

Adik kepada seorang penyanyi wanita popular dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menyamun seorang wanita rakyat Singapura

Siapa Siapakah Adik Artis Wanita

Mohd Faizal Abu Hasan, 29, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh dia ditangkap, 15 Mac lepas.

Mohd Faizal yang berasal dari Kampung Melayu, Gelang Patah, di sini, didakwa melakukan samun dengan merampas beg tangan milik warga Singapura, Rohana Jamal, 30, di hadapan masjid, Taman Tampoi Indah, Tampoi, di sini, kira-kira 1.15 tengah hari, 23 Januari lepas.

Dia yang sudah bercerai dan memiliki seorang anak perempuan berumur tiga tahun didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau disebat.