Akta Hasutan 1948 Diganti Dengan Akta Keharmonian Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Akata Baru 2012 Gaduh Kacau Rusuhan Bersuara Taat Setia Sultan Undang Marah Adil Baru

Keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di malaysia.

Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.

Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama.