Apple iPad Vs Samsung Galaxy Tablet

Syarikat Korea Selatan, Samsung semalam memenangi kes paten terhadap syarikat pesaing dari Amerika Syarikat, Apple apabila seorang hakim Britain memutuskan, tablet Samsung Galaxy tidak cukup ‘hebat’ sehingga boleh dikelirukan dengan iPad yang dikeluarkan Apple.

Saman Tiru Jenis Brand Ciplak Cetak Rompak Krisis Gaduh

Mahkamah Tinggi Britain memutuskan tablet Galaxy yang dikeluarkan Samsung, syarikat elektronik terbesar di dunia, tidak melanggar reka bentuk yang didaftarkan oleh Apple dan pengguna tidak mungkin terkeliru dengan tablet iPad.


“Mereka tidak mempunyai ciri-ciri menonjol dan kemudahan ekstrim seperti yang dimiliki oleh Apple,” kata Hakim Colin Birss dalam keputusannya.

iPad menguasai kira-kira 65 peratus pasaran komputer tablet dunia dengan Samsung Galaxy, enam peratus, menurut laporan penyelidik pasaran, ABI dan IHS.


Seorang jurucakap Samsung berkata, pihaknya menyambut baik keputusan mahkamah dan memberi amaran kepada pesaingnya supaya tidak lagi mengambil tindakan undang-undang.


“Sekiranya Apple terus membuat tuntutan undang-undang berlebihan di negara lain mengenai reka bentuk generik, inovasi dalam industri akan terjejas dan mengehadkan pilihan pengguna,” katanya.

Apple dan Samsung terbabit dalam tindakan undang-undang berhubung paten di mahkamah antarabangsa.