Ariel Peterpan Dibebaskan Dari Penjara

Ariel Peterpan dikhabarkan akan tamat menjalani hukuman penjara dan akan dibebaskan esok bersamaan 22 julai 2012.

Artis Lucah Peterporn Indonesia Lepas

Jika mengikut percaturan, vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham yang popular dipanggil Ariel akan dibebas pada tahun hadapan. Bagaimanapun, mulai esok, Ariel yang dihukum penjara tiga tahun akibat kesalahan mengedar bahan pornografi akan dapat menghirup udara segar di luar jeriji besi.

Ketua Bahagian Kemasyarakatan Indonesia, Dedi Sutardi menerangkan, Ariel dibebaskan setelah dia menjalani dua pertiga masa hukumannya.

"Selain itu, dia juga telah menjalani asimilasi dan berkelakuan baik selama di lembaga pemasyarakatan," katanya.

Menurut Dedi, pembebasan awal Ariel merupakan amalan piawai dan dia bebas awal bukan kerana dia berstatus selebriti.

"Semua tahanan kalau sudah menjalani dua pertiga masa tahanan boleh dibebaskan. Selain itu juga dinilai melalui sikapnya," ujar Dedi.

Ariel dijangka akan menyudahkan kerja-kerja yang berbaki dengan grupnya. Selain itu Ariel juga telah mempersiapkan sebuah buku biografi.

Peterpan yang terkenal dengan lagu Bintang Di Surga itu menghentikan aktiviti seni mereka sejak Ariel dipenjara pada 2010.