Budak 5 Tahun Hidup Dengan Haiwan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui hidup dengan lembu, tidak boleh bercakap dan cuma mampu berkomunikasi menerusi bunyi ‘moo’.

Budak Hidup dengan Haiwan Lembu Anjing Monyet Serigala Orang Utan Gorila

Budak berkenaan diselamatkan polis Russia selepas jirannya di daerah Solikamsk membuat laporan.

“Dia yang tidak mempunyai nama itu tidak tahu makan dengan betul dan lebih suka meminum susu dari periuk,” kata polis.Pihak berkuasa dihubungi oleh jiran yang tinggal berhampiran ladang kecil yang diuruskan ibu bapa budak itu.

“Dia yang tidak mempunyai nama itu tidak tahu makan dengan betul dan lebih suka meminum susu dari periuk”. – Jurucakap polis

Pegawai berkata, jiran memberitahu mereka seorang kanak-kanak perempuan tinggal dengan lembu.

“Ketika menyiasat dakwaan itu, kami mendapati ia benar,” katanya.

Ketika ditemui kanak-kanak itu tidak memakai sebarang pakaian dan tinggal dengan lembu di ladang berkenaan.

Dia juga selalu dikurung dalam bilik stor oleh ibu bapanya.

Selepas dihantar ke pusat pemulihan, kanak-kanak itu kini ditempatkan dengan keluarga angkat.

Bukan kes pertama

Dia bukan kanak-kanak pertama ditemui dibesarkan oleh haiwan di Russia.

Pada tahun 2009, Natasha Mikhailova ditemui dibesarkan dengan sekumpulan anjing di kediaman bapanya di Chita.

Natasha, yang juga berusia lima tahun ketika ditemui, cuma menyalak untuk berkomunikasi, menyedut makanan dan cuma sebesar kanak-kanak berusia dua tahun. – Agensi