Kemalangan Melibatkan Zed Zaidi Hanya Babak Lakunan

Tengah malam semalam dunia laman internet, Twitter menjadi kecoh seketika! Kecoh di sebabkan sekeping gambar seorang pelakon lelaki yang juga Presiden Seniman, Zed Zaidi yang sedang berlumuran darah tersebar meluas.


Mamat Sepah Punca Isu Zed Zaidi Kemalangan Tersebar?


tidak lama selepas itu, beberapa rakan artis tampil menjelaskan Zed Zaidi berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kemalangan.

Malah, di saat cerita dia dikatakan sedang bertarung nyawa, Zed Zaidi sebenarnya sedang menjalani sesi pengambaran di satu lokasi.

Jadi, kebenarannya, Zed Zaidi langsung tidak terlibat dalam kemalangan seperti cerita dalam Twitter yang tersebar meluas yang pada hakikatnya, dia hanya melakonkan watak ditimpa kemalangan.