Mahasiswa Tawar Khidmat Seks Untuk Keputusan Cemerlang

Seorang profesor Undang-Undang Universiti Nasional Singapura (NUS) dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan rasuah melibatkan habuan seks daripada seorang bekas mahasiswa wanita sebagai ganjaran memberinya keputusan akademik yang baik.

Guru Cabul Rogol perkosa Raba Kemaluan Alat krlamin Murid

Tey Tsun Hang, 41 tahun, yang juga merupakan seorang bekas hakim daerah di sini, menghadapi enam tuduhan.

Dia dituduh mengadakan hubungan seks dengan bekas mahasiswa NUS yang bernama Darinne Ko Wen Hui itu, sebanyak dua kali pada/atau 24 Julai dan 28 Julai 2010.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Tey memberikan Ko gred yang baik sebagai membalas habuan seks itu.

Tey juga dituduh menerima habuan berbentuk pena berjenama Mont Blanc yang berharga $740, dua kemeja yang ditempah tukang jahit berharga $236.20 dan sebuah iPod Touch bernilai $160 daripada Ko antara Mei dengan Jun 2010.

Pensyarah Ditahan Kerana Dapat Rasuah Seks, Pen Mont Blanc, Ipad Dari Pelajarnya


Ko juga dikatakan telah membayarkan bil Tey yang mencecah $1,278.60.

Tey merupakan seorang Profesor Madya yang mengajar di Fakulti Undang-Undang NUS.

Sementara itu, profil Ko di laman sosial LinkedIn pula menunjukkan Ko menuntut di NUS antara 2008 dengan 2012.