Orang Utan Yang Suka Merokok

Beberapa pekerja telah memindahkan seekor orang utan yang suka merokok ke sebuah pulau di dalam sebuah zoo di Jawa Tengah.

Orang Utan Haiwan Bijak Pandai Pelik Rokok

Orang utan itu yang bernama Tori dan teman hidupnya, Didik dipindahkan ke pulau tersebut kelmarin. Tori merupakan orang utan betina berusia 15 tahun yang telah menghisap rokok selama satu dekad.

Pemindahan itu dilakukan supaya pengunjung zoo tersebut di Solo tidak melemparkan rokok di dalam kurungannya.