Pandu Uji Motosikal Terbang Pertama Didunia

Mengimpikan zaman kenderaan terbang sudah bermula sejak dari dahulu lagi. Sudahkah anda dapat bayangkan kenderaan terbang yang berlegar dipersekitaran anda.

Gambar Kereta pesawat mampu terbang

Mungkin ia bukan lagi sekadar mengkagumkan malah ia mampu mengundag bahaya seandainya kenderaan tersebut terbabas di bumbung rumah kita, apa akan jadi agaknya..?

Pada ketika kita memasuki zon alaf baru, masing-masing memikirkan apakah akan wujud zaman kereta terbang seperti mana yang terdapat dalam filem-filem luar negara antaranya seperti Filem Men In Black. Impian itu cuba direalisasikan oleh seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy ia mencipta sebuah motorsikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini.

Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.

Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.

Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.

Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.

Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.

Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi.

*Apa yang jelas nampak di sini, ciptaan ini mirip seperti konsep helikopter menggunakan kipas. Ia akan membawa beban motorsikal tersebut dan secara perlahan-lahan, ia akan naik sedikit demi sedikit. Satu usaha kreatif dalam meneraju bidang automotif yang baru.