Rahsia Condongkan Badan Dalam Tarian Michael Jackson Didedahkan

Terbongkar sudah ilusi hebat dalam tarian Michael Jackson yang kelihatan amat mustahil dilakukan manusia biasa tampa sebarang alat bantuan.

Menari Tarian gerakan Sengetkan Tubuh Badan


Pasti semua pernah melihat bagaimana Michael Jackson melakukan pergerakan berdiri secara condong seperti gambar di bawah. Sebenarnya beliau telah mencipta satu kasut khas yang telah pun dipatentkan atas nama beliau dengan nombor U.S. Patent 5,255,452. Patent ini boleh dilihat melalui Google Patents.

Kasut ini mempunyai reka bentuk tapak yang unik dan ia akan disangkutkan pada sejenis paku di atas lantai untuk menghasilkan ilusi anti graviti tersebut.

[Image: the-lean.jpg][Image: the-shoes.jpg]

Jom saksikan video klip dibawah dan kita lihat bagaimana dan bila masanya MJ cari paku untuk disangkutkan pada kasut beliau agar aksi condongkan badan seperti itu mampu memukau penonton..