Resepi Apam Polkadot

Resepi cara buat apam polkadot yang mudah dan kelihatan menarik juga..

Senang Warna Corak Sedap Lazat Naik Rasa Resep

Bahan-bahan: (50 biji papercup medium)

3 biji telur-dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh esen vanilla
filling-blueberry@strawberry@apa-apa ikut citarasa
pewarna

Cara-cara Membuatnya:

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
Susun mangkuk kertas dalam acuan lompang (saya guna acuan tart).
Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja.
Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10-15 minit @ sehingga masak.