Resepi Cara Buat Aiskrim Goreng


Tips Mudah Senang Resipi Manis Sedap

Bahan-bahan ( 5 orang )

5 scoop aiskrim vanila
1 biji telur
1 cawan conflakes
1 cawan kacang kacang yg telah digoreng (dikisar)
minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap.Bungkus biar jadi bentuk bola. Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.
2. Campurkan conflakes dan kacang tanah yang telah digoreng dan diksar kasar ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
3. Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi.
Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan kacang.
4. Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Bungkus semula dalam plastic wrap. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
5. Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan kacang.
6. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut.
7. Buat satu persatu sampai habis.
8. Masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih.
9. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
10. Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat.
11. Angkat dan bolehlah terus makan.

** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.