Resepi Cara Buat Pulut Panggang

Hari ini jom kita cuba pula buat sendiri dirumah pulut panggang dengan inti serunding kelapa yang pasti membangkit aroma selera ramadhan.

Bakar Rangup garing Goreng

Bahan-Bahan Untuk Pulut :

Beras pulut
Santan kelapa
Garam secukupnya
Daun pandan

Cara Membuat Pulut :

Cuci beras pulut dan toskan (dengan menggunakan air suam)
Letak beras pulut dalam loyang
Masukkan santan dalam loyang itu
Masukkan garam dan daun pandan
Kacau sehingga larut garam dalam beras pulut yang bersantan itu
Kemudian masukkan dalam pengukus yang telah di didihkan airnya
Tutup penutup pengukus dan kukus hingga masak pulutnya

Bahan-Bahan Untuk Serunding Kelapa :

Kelapa parut
Bawang merah
Bawang putih
Serai - diracik halus
Halia
Cili kering - direbus
Udang kering - direndam
Jintan manis
Jintan putih
Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
Bancuhan air asam jawa
Serbuk kunyit - sedikit

Cara Membuat Serunding Kelapa :

Blend bawang merah, bawang putih, serai, halia, udang kering, jintan manis, jintan putih dan cili kering yang telah direbus
Tumis bahan yang diblend tadi hingga naik bau
Masukkan kepala parut, serbuk kunyit, garam, gula, ajinomoto dan bancuhan air asam jawa
Kacau hingga serunding menjadi kering dan ringan
Angkat dan biarkan sejuk dahulu sebelum di letak pada pulut

Bahan-Bahan Untuk Serunding Ikan :

Ikan - direbus, buang tulang
Lada kering - direbus
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Serai - racik halus
Garam, gula dan ajinomoto
Asam keping

Cara Membuat Serunding Ikan :

Blend lada kering, halia, serai, asam keping, isi ikan, bawang merah dan bawang putih sehingga hancur
Tuangkan bahan yang diblend tadi ke dalam kuali
Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
Masak dengan menggunakan api sederhana
Kacau hingga serunding masak dan kering
Angkat dan sejukkan sebelum di letak pada pulut panggang

Bahan-Bahan Untuk Pulut Panggang :

Pulut - yang telah dikukus / dimasak
Inti serunding ikan/ serunding kelapa
Daun pisang - dipotong 4 segi panjang dan dilayur
Marjerin atau minyak masak
Lidi atau stapler

Cara Membuat Pulut Panggang :

Daun pisang yang telah dipotong dan dilayur di letakkan di atas meja
Sapukan marjerin atau minyak masak di atas permukaan daun pisang itu
Ambil 2 sudu besar pulut
Ratakan di atas daun pisang tadi
Ambil 1 atau 2 sudu makan serunding kelapa / serunding ikan
Letakkan di tengah-tengah pulut tadi
Tutup inti pulut panggang dengan temukan kedua-dua hujung pulut supaya ia tertutup
Gulungkan daun pisang dengan rapat
Sematkan hujung daun pisang dengan lidi atau staplerkan
Letak pulut panggang di atas kuali leper
Bakar dengan api sederhana
Balik-balikkan supaya pulut panggang dapat dimasak dengan sekata
Dah pun siap ..