Resepi Cara Buat Tempe


Tips Mudah Sedap Rahsia Bagaimana Tempe Daun pisang gedelai


Bahan-bahan:

200 g kacang soya
40 g tempe

Cara-cara utk buat ragi:

Tempe dihiris nipis-nipis kemudian jemur sehingga kering. Sbg alternatif guna oven pd suhu 20'C-30'C (ala2 suhu cam panas matahari gitu)
Bila kering blend halus.
Simpan didalam botol dan ditempat yg gelap jika belum digunakan lagi.


Proses fermentasi tempe:

Kacang soya dibasuh kemudian direndam selama 12 jam

Lepas tu ramas-ramas supaya tanggal kulitnya dan kacang terbelah dua.

Bilas kemudian rebus selama 1 jam

Toskan kacang soya kemudian keringkan samada jemur atau lap dgn kitchen towel atau keringkan dlm oven pd suhu 20-30'C

Biarkan sejuk kemudian gaulkan dgn ragi sehingga sekata

Masukkan dlm plastik, 'seal'kan dgn lipat plastik tersbt dan layur dgn api lilin (nak senang guna plastik sandwich yg ada seal tu)

Ratakan kacang soya supaya tebalnya dlm 3 cm

Buat lubang2 dgn menyucukkan jarum/lidi dikedua2 belah plastik tu dlm 2 cm jarak setiap lubang

Simpan soya tadi dlm bekas tertutup di tempat yg suam 30'C (kak Noor bubuh tepi boiler)

Simpan selama 2-3 hari, baru boleh dimakan.


Penting:

Pastikan soya betul2 kering sebelum bubuh ragi krn proses fermentasi microorganisma Rhizopus (dr ragi) hanya berlaku dlm keadaan kering.

Membuat lubang pd plastik supaya microorganisma dpt oksigen utk jlnkan proses fermentasi

Suhu yg optimum utk proses fermentasi adalah 25-30 'C- kalau terlebih panas dikhuatiri mati microoragnisma trsbt.



Info- Dikatakan tempe terkenal bagi masyarakat Jawa. Rasanya bukan orang Jawa sahaja yang menggemarinya. Malah orang Melayu, Cina, India dan lain-lain juga menggemarinya. Tak rugi mengambilnya kerana khasiatnya cukup berganda. Tempe berpotensi untuk digunakan melawan radikal bebas, sehingga dapat menghambat proses penuaan (awet muda gitu) dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif. Tempe juga mengandungi zat antibakteri penyebab diare, penurun kolesterol darah, pencegah penyakit jantung, hipertensi, dll.