Selebriti Murtad Bawa Ajaran Sesat Mengaku Dirinya Rasul

Gempar.. fahaman sesat yang kini didakwa disebarkan seorang selebriti terkenal tanah air Mengaku dirinya seorang rasul,Dia juga mengaku mampu mengampunkan dosa pengikutnya, tsunami berlaku atas kuasanya dan menafikan kewajiban menunaikan solat serta puasa.

Sipakah Selebriti Jadi Rasul Nabi Murtad


Selebriti terbabit bukan saja menyebarkan fahaman yang ternyata melanggar hukum syarak, tetapi lebih mengejutkan apabila dia mengakui dirinya mampu memberikan syafaat kepada pengikutnya pada hari akhirat kelak.

Sumber yang juga bekas pengikutnya, hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 30, berkata, penyebaran dakyah menyimpang itu mula dilakukan selebriti terbabit lebih dua tahun lalu selepas mendakwa dirinya mendapat wahyu dan petunjuk daripada Allah.

“Dia juga memberitahu di akhirat kelak, dia bakal ditempatkan di barisan hadapan apabila semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar,” katanya kepada Harian Metro.

Selebriti lelaki yang terkenal dengan perwatakan warak itu sebelum ini jarang menimbulkan kontroversi sepanjang membabitkan diri dalam industri seni, justeru pendedahan dilakukan beberapa pengikutnya amat mengejutkan.