Video Keganasan Puak Rakhine Membunuh Umat Islam Di Myanmar

Tekanan antarabangsa semakin meningkat agar ke ganasan antara agama yang berlaku di barat Myanmar dihentikan.

Serangan perang ganas rogol gadis wanita Myanmar Bunuh Umat Islam





Wilayah Rakhine kini berada di bawah perintah darurat dan pihak polis yang lengkap bersenjata kerap melakukan rondaan.

Keganasan terbaru di wilayah itu merupakan sebahagian kitaran serangan membalas dendam antara penganut Buddha dengan puak Islam Rohingya.

Pergolakan di wilayah Rakhine, dilihat sebagai ujiam genting terhadap proses pembaharuan Myanmar sejak pemerintahan golongan tentera berakhir di negara itu tahun lalu.

Pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia khuatir jumlah sebenar kematian mungkin lebih tinggi de ngan sebuah kumpulan sokongan yang bekerjasama dengan puak Rohingya.

Menurut PBB, terdapat sekitar 800,000 orang Rohingya di Myanmar, dengan keba nyakannya tinggal di Rakhine, sementara sekitar sejuta lagi atau lebih anggota masyarakat itu dipercayai tinggal di luar negara.

Pada 12 Jun, sekitar 600 anggota puak Rohingya, mengadakan tunjuk perasaan di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur, menuntut agar PBB campur tangan bagi mengembalikan ke damaian di wilayah itu.