Video Lelaki Mengamuk Di JPM Kena Tembak Polis

Inilah seorang lelaki yang dikatakan kurang siuman bersenjatakan pedang samurai menyerang Jabatan Perdana Menteri, JPM bersama seorang wanita yang dipercayai isterinya.

Amuk Serang Ganas Ugut Sesat Ajaran Songsang Milo suam Samurai Pedang Parang Cedera Politik Pas Umno Pkr Nik Aziz




Seorang lelaki yang menggelar dirinya ‘Imam Mahadi‘ bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks berkenaan sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang itu, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan. Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut. Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketida berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.

Menurut laporan media dari Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) yang sampai di tempat kejadian selepas menerima laporan dan memperkenalkan diri sebagai polis turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai. Kemudian Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek.

Suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan. Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis.