Askar Vietnam Siksa Monyet Dipecat

HANOI - Sebanyak tiga askar Vietnam dipecat selepas beberapa gambar mereka menyeksa dua ekor monyet tersebar dalam laman sosial Facebook dan mendatangkan kemarahan orang ramai.

Tentera vietnam Kantoi makan Bunuh Siksa Sembelih Monyet Kera


Akhbar People Army melaporkan, mereka yang berkenaan dipecat dari unit
masing-masing di pusat wilayah Gia Lai selain lapan askar yang lain diberikan amaran.

Semasa kejadian, dua ekor monyet yang dibeli kumpulan tentera itu dari perkampungan berdekatan didera sebelum mengupah penduduk kampung menyembelihnya kemudian salah seorang daripada askar itu telah menghantar gambar perbuatan mereka ke laman Facebooknya.

Dalam pada itu, laporan polis menyebut tiga penduduk kampung terlibat turut ditahan kerana bersalah memburu binatang yang dilindungi.