Burung Pelik Ada Dua Kepala Dan Tiga Paruh

Melihat ciptaan Tuhan yang tidak normal bukanlah satu tanda ciptaan Allah itu gagal. Tetapi ia mempunyai keunikan sendiri. Seekor anak burung dengan dua kepala dan tiga paruh telah dijumpai di satu kawasan kediaman yang terletak di Northampton. Ia dijumpai oleh seorang wanita bernama April Britt. Jom lihat gambar di bawah ini.

Pelik Aneh Misteri Lucu

Haiwan Ajaib



Britt menyedari kehadiran burung ini apabila ianya sedang berkicau pada dahan pokok di belakang rumahnya dan beliau sempat mengambil beberapa gambar. Setelah beberapa jam kemudian, beliau menemui anak burung ini jatuh ke tanah dan meletakkannya semula di atas pokok namun ianya hilang pada keesokan harinya.

Sebenarnya anak burung ini adalah dari jenis burung Cardinal dan ianya mengalami kecacatan. Sangat sayang sekali, mungkin peluang untuk anak burung ini hidup sangat tipis kerana kecacatan yang dialaminya.

Kita perlu akui tiada yang pelik berlaku di dunia ini, kerana semuanya adalah ciptaan Allah SWT. Namun kita bagi seorang manusia yang kerdil ini, penggunaan perkataan pelik menggambarkan sesuatu perkara yang kita sendiri tidak pernah melihatnya sebelum ini. Ia secara tidak langsung membuka mata kita tentang keunikan ciptaan Allah SWT.