Dua Video Bukti Kelakuan Buruk isteri Jimmy Shanley

Jimmy Shanley Hantar Dua Video Sebagai Bukti Kelakuan Buruk IsteriTerlalu lama pula rasanya kes perbicaraan kes rumahtangga Jimmy Shanley & Nursuhaila Eliani dan laporan hari menyebut perkembangan terbaru kes ini.



Jimmy Shanley telah menyerahkan dua salinan video kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebagai menyokong akan keterangan beliau tentang kelakuan Nursuhaila.

Pelakon & pengacara ini mempertikai kelayakan Nursuhaila sebagai ibu selepas isteri’nya itu menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka, Zahra Rania Shanley.

Jimmy Shanley memberitahu dua rakaman video menggunakan iPad ini di’rakamkan masing masing pada Ogos 2010 dan 5 Disember 2010 di kediaman Nursuhaila.

Harian Metro turut melaporkan yang Jimmy Shanley memberi keterangan di mahkamah yang Nursuhaila gemar berjudi pada waktu malam sehingga subuh & tidur sepanjang siang hari.

Mahkamah menetapkan 6 Disember sebagai tarikh memutuskan kesahihan video selain menetapkan sama ada video itu boleh di’tayangkan secara terbuka atau mengandungi perkara sensitif.