Gambar Shila Amzah Kini Sudah Bertudung Penuh

Shila Amzah mengakui yang dia hanya mencuba untuk bertudung bermula 1 Ramadhan lalu sebagai langkah menghormati bulan puasa. Selepas 15 hari, Shila Amzah merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk dia bertudung sehingga ke akhir hayat.

Gambar Cantik Ayu Manias Comel Shila Amzah Terbaru

Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut. Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung. Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah.




Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan. Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna.


Tahniah sekali lagi kepada Shila Amzah atas penghijrahan ini. Sama-sama kita doakan agar Shila kekal sebegini sehingga ke akhir hayatnya. Tahniah Shila.