Geng Susu Kangkang Kantoi Ditangkap Polis

Setiap kerja haram yang dibuat pasti tak akan bertahan lama,akhirnya kantoi juga ditangkap polis. memalukan kaum dan keluarga je..

Polis Tangkap Berkas Enam Anggota 'Geng Susu Kangkang'

KUALA LUMPUR – Enam anggota ‘Geng Susu Kangkang’ yang disyaki terbabit dalam 17 kes mencuri susu tepung berjenama sejak 2010 di Lembah Klang, berjaya diberkas polis dalam serbuan pada 16 dan 17 Ogos lepas.

Penangkapan pertama membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita di sebuah kedai serbaneka di Batu 9, Cheras ketika mereka mencuri 160 kotak susu tepung bernilai RM12,800 dari kedai berkenaan pada pukul 4.30 petang.

Keesokannya polis menahan dua lelaki dari Sabah, yang merupakan anggota geng terbabit di Klang, menjadikan tangkapan keseluruhan 13 orang, berumur antara 20 dan 48 tahun.

geng itu dikesan menggunakan modus operandi sama dengankecurian susu berjenama di Perlis dan Kedah beberapa bulan lalu, iaitu dengan memasukkan kotak-kotak susu tepung berjenama yang dicuri ke dalam jubah merekasebelum keluar dari kedai.

“Sebahagian anggota geng akan menunggu di luar kedai dengan membawa parang, penyembur lada sulah dan batang besi yang akan digunakan sekiranya anggota geng yang berada di dalam kedai itu dihalang pekerja kedai.

Video dibawah ini antara gelagat geng susu kangkang yang dirakam kamera cctv..