GoNote Android Versi Komputer Riba

Sebuah syarikat berpengkalan di UK hari ini menghasilkan the next best thing. Mereka menghasilkan GoNote, sebuah komputer riba yang menggunakan sistem operasi Android Ice Cream Sandwich.

Komputer Riba Android GoNote

Ia juga mempunyai skrin sesentuh sebesar 10 inci serta papan kekunci QWERTY fizikal. GoNote mennggunakan pemproses 1.2 GHZ satu teras, RAM sebesar 1 GB serta muatan dalaman 8 Gigabyte. GoNote mensasarkan penjualan komputer riba mereka kepada golongan pelajar dan dengan harga semurah GBP 150 (RM 745) sebuah ianya pasti bakal menjadi pilihan ibu dan bapa yang cuba menjinak-jinakkan anak mereka dengan penggunaan komputer sebenar. GoNote didatangi dalam dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.



Selain itu pihak Ergo Electronic juga menghasilkan GoTab, tablet Android ICS mereka dengan pemproses 1.2 GHz satu teras, RAM sebesar 1 GB dan muatan dalaman sebesar 16 Gibabyte. GoTab dijual pada harga GBP 179 (RM885) sebuah.