Konsert Ariel Noah (Peterpan) Malaysia 2012

Berita baik kepada semua peminat Ariel NOAH atau sebelum ini lebih dikenali dengan nama Peterpan. Selebriti popular Indonesia ini bakal turun Malaysia bulan hadapan.

Konsert Noah September 2012 Malaysia

Ariel hadir bersama kumpulan beliau, NOAH akan menjayakan konsert Tentang Bahtera yang akan turut menampilkan Sixth Sense, The Malayan and trio Gamaliel Audrey Chantika.

Pasti ada anda yang bertanya siapakah trio Gamaliel Audrey Chantika? Mereka ini popular di Youtube dengan bakat mereka menyanyikan semula lagu pop popular.

Sixth Sense & The Malayan yang di’kepalai Andy (Flop Poppy) bersama anak’nya tidak perlu di’perkenalkan lagi kepada peminat muzik di Malaysia hari ini.

Konsert penuh Tentang Bahtera ini bakal berlangsung pada 16 September ini bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur & di’anjurkan oleh Livescape.

Untuk anda yang berminat, tiket tiket bermula pada harga RM55 boleh mula di’dapati melalui Ticketpro.