Lagu Tema Hari Merdeka 2012 Hilang Semangat Kemerdekaan

PR khususnya Pas kesal sambutan kemerdekaan ke-55 tahun ini, dicemari unsur politik BN sama ada dalam tema, logo mahupun lagu temanya.

Tagu tema merdeka 2012 Download Dengar Tonton



Mahfuz berkata, PR menolak ketiga-tiga unsur terbabit dan memilih tema sendiri bagi menggantikan ‘55 Tahun Janji Ditepati’ oleh Kerajaan Pusat.

“Kita terima 250 hingga 300 tema, yang dicadangkan oleh orang ramai. Jawatankuasa dipengerusikan Sasterawan Negara, (Datuk) A Samad Said akan memilih tema bersesuaian untuk dibentangkan kepada Sekretariat PR,” katanya.

Menurutnya, Majlis PR kemudian akan mengumumkan tema sambutan Hari Kemerdekaan PR untuk digunakan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

“Sudah pasti tema kemerdekaan kita berbeza dengan Pusat. Memandangkan memorandum diserahkan tidak mendapat respons Pusat, kita putuskan pilih tema sendiri,” katanya.

Mahfuz turut mempertikai tindakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menarik balik logo hari kemerdekaan, yang diumumkan Ahad lalu.

“Setelah dikritik banyak pihak, akhirnya logo diubah. Ini menunjukkan sejak awal lagi wujud kesilapan dalam pemilihan logo mahupun tema,” katanya.

Menurutnya, lagu tema kemerdekaan yang dimuat naik di Youtube, turut menerima kritikan pedas termasuk mereka yang memilih dislike.

Awal semalam, Rais menerusi satu mesej Twitter telah meminta pengikutnya memberi pandangan tentang lagu tema Hari Kemerdekaan yang boleh diperoleh menerusi YouTube.

Admin*kerajaan barisan nasional tak seharusnya terlalu mengungkit setiap pemberian disegenap ceruk seperti iklan poster dan termasuklah lagu tema kemerdekaan 2012 ini. Apa yang akan terjadi nanti rakyat akan berasa pemberian itu seperti tidak ikhlas dan hari demi hari semangkin ramai rakyat beranggapan kebanyakannya pemberian berkepentingan politik semata-mata.