Lelaki Tolak Kekasih Dari Tingkat 6

Polis giat mengesan seorang lelaki yang melarikan diri ketika dibawa menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas cuba membunuh kekasihnya dengan menolak wanita itu dari tingkat enam sebuah pangsapuri.

Lelaki Tolak Awek Dari Tingkat Enam

suspek dikenali sebagai M Kumarasingam, 27, beralamat di No 73, Jalan Seri Indah 2, Taman Seri Indah, Bagan Serai, Perak, cuba melarikan diri dari tempat kejadian sebelum ditahan orang ramai.

Suspek yang mengalami kecederaan pada muka dan kaki dibawa ke HPP untuk rawatan, tetapi berjaya meloloskan diri dan tidak dapat dikesan sehingga kini. “Kes disiasat mengikut Seksyen 307, Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh serta Seksyen 224, kanun sama kerana melarikan diri dalam tahanan polis.

Suspek juga sangat dikehendaki polis kerana terbabit dua kes penipuan di Port Dickson dan dibawa menjalani rawatan dalam keadaan tangan bergari. Bagaimanapun, ketika doktor meminta membuka gari untuk memudahkan pemeriksaan, suspek mengambil kesempatan melarikan diri.

Suspek sanggup bertindak di luar kawalan dengan menolak kekasihnya itu kerana wanita terbabit meminta hubungan mereka diputuskan.Pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181822 atau mana-mana balai polis berhampiran.