Logo Merdeka 2012 Yang Lucah

Gempar.. apabila salah seorang penganjur pertandingan mereka logo Merdeka alternatif memaparkan logo Merdeka edisi lucah.



Logo sebegini, yang mempunyai elemen rekaan Jalur Gemilang tidak seharusnya digubah supaya kelihatan seperti alat kelamin. Kami tidak suka dengan rekaan rasmi logo Merdeka. Kami juga tidak bersetujua dengan beberapa polisi kerajaan. Tetapi Jalur Gemilang tidak patut dirogol sebegini. Hormati bendera negara kita kerana sebagai rakyat Malaysia ini sebuah kewajiban. Kita marah apabila Jalur Gemilang dihina oleh orang luar, jadi kita harus lebih marah apabila rakyat Malaysia sendiri yang melakukan penghinaan sebegini.

Kami kenal pereka logo diatas. Kenal semasa zaman berforum Low Yat Kopitiam. Tetapi walaupun kena kami mengecam apa yang telah beliau lakukan. Nak hina Barisan Nasional sila hina BN sahaja. Jangan guna lambang negara secara cacar marba. Bantah. Inikah rupa penyokong hardcore Pakatan Rakyat? Memalukan!