Penggali Kubur Maut Liang Lahad Runtuh

Seorang penggali kubur maut selepas liang lahad yang sedang digali runtuh dan menimbusnya.

Misteri Ngeri Penggali Kubur Mati Tertimbus Roboh Lemas

Dalam insiden pada 10.15 pagi tadi di tanah perkuburan Kampung Penak dekat Mentakab, mangsa, Zailan Hamid, 40, sedang menggali kubur bersama seorang lagi rakan, Mohd Nasir Musa, 40.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh Superintenden Zundin Mahmood berkata mangsa dipercayai meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan patah leher.

Liang lahad itu digali mangsa dan rakannya bagi mengebumikan jenazah seorang warga emas, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua.

“Ketika menyiapkan bahagian akhir liang lahad itu, tiba-tiba ia runtuh dan menimbus keseluruhan badan mangsa.

“Mangsa tertimbus lebih setengah meter, hanya kaki kanan mangsa yang terjulur keluar.

“Rakan mangsa dan beberapa penduduk yang berada di kawasan berkenaan menggali dengan tangan dan berjaya mengeluarkan mangsa kemudiannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Zailan meninggal dunia sejurus selepas itu.

Zundin berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat.