Perompak Mati Diserang Sakit Jantung

Seorang penyamun tidak sempat menikmati hasil rompakan sebanyak RM20,000 apabila dia tiba-tiba diserang sakit jantung sebaik melakukan jenayah itu bersama tiga lagi rakannya Selepas merompak seorang warga emas di Taman Orkid, Sungai Layar.

Video Perompak Penyamun Mati Selepas Rompak Samun Warga Emas

Kejadian pukul 10.15 pagi itu berlaku selepas suspek berusia 46 tahun tersebut menyamun seorang warga emas, Yeoh Ah Seng, 66, yang baharu mengeluarkan wang daripada sebuah bank di Taman Pekan Baru.

Kejadian berlaku apabila dia dalam perjalanan pulang dengan menaiki sebuah motosikal dengan wang itu dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

tanpa diduga, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal kemudian menghalangnya manakala dua lagi suspek mengacukan parang memaksanya berhenti.

"Suspek kemudian mengoyakkan poket seluar warga emas tersebut dan merampas wangnya. dia kemudian lari ke sebuah rumah untuk bersembunyi.

Tiba-tiba salah seorang penyamun yang cuba lari dengan hasil wang samun tersebut tidak semena-mena jatuh tersungkur dari motornya dan terus kaku.-kosmo