Produk Telefon Pintar Samsung Galaxy Diharamkan

Apple Inc hari ini telah menyerahkan senarai lapan produk 'panas' milik Samsung Electronics Co. kepada hakim Mahkamah Persekutuan yang perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat, termasuk model popular, Galaxy.



Menurut laporan, Hakim Lucy Koh meminta senarai berkenaan selepas juri di San Jose minggu lalu mengarahkan Samsung membayar pampasan AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion) apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati 'menciplak' model iPhone dan iPad keluaran Apple. Bagaimanapun, Samsung kini merancang untuk mengemukakan rayuan.

Antara produk telefon pintar yang disenaraikan Apple ialah Galaxy S 4G, Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic 4G, Galaxy S Showcase, Droid Charge dan Galaxy Prevail.

Pada 26 Jun lalu, hakim yang sama mengeluarkan perintah Galaxy Tab 10.1 dilarang sama sekali memasuki pasaran Amerika Syarikat selepas mendapati ia menyalahi 'reka bentuk paten'.

Admin - Ipad dan samsung galaxy diketahui mempunyai ciri ciri serta reka bentuk hampir sama.Bagi admin kalaupun produk samsung itu diketakan klon ipad, pasti ada kelebihan lain mengapa samsung galaxy begitu diminati serta menjadi pilihan pengguna berbanding ipad.Pasti pengguna semua lebih tahu dan sudah ada jawapannya.bagi admin juga Apple ipad dan Samsung galaxy ibarat ubat tahan sakit lain jenama namun fungsinya sama,tak timbul soal ciplakpunkan..