Rahsia Wanita Yang Lelaki Mesti Tahu

Adakah anda kaum lelaki sudah arif mengenai naluri dan sikap seorang wanita. Jika anda ragu, 7 pekara dibawah mungkin dapat membantu meningkatkan kefahaman anda tentang pekara tersebut.

Rahsia Gadis Awek Wanita Permpuan Lelaki


1) Rasa cemburu
Pastinya ramai yang akan menafikan, tetapi kenyataannya kebanyakan wanita mempunyai rasa cemburu yang berlebihan. Secara tak sedar, wanita akan merasa cemburu walau pasangan lelakinya sekadar bercakap atau berbual dengan kawannya atau wanita lain. Mungkin rasa cemburu itu tidak ditunjukkan, namun setiap kelakuan pasangannya akan sentiasa melekat di fikiran mereka.

2) Gemukkah saya?
Percaya atau tidak, persoalan ini sentiasa bermain difikiran kebanyakan wanita. Walaupun mempunyai tubuh badan yang kurus, wanita tidak pernah menganggap dirinya kurus. Soalan seperti ini, “Adakah saya nampak agak gemuk?” misalnya tentu akan keluar dari mulut wanita.

3) Sayalah ratu
Rata-rata wanita secara tak sedar sentiasa berperasaan dan ingin dianggap dialah yang tercantik dari orang lain. Hanya dia satu-satunya ratu di dalam dunia.

4) Dalam soal berbelanja, wanita kerap berbohong
Tentu ramai yang tidak bersetuju, tetapi inilah yang kerap dilakukan oleh kebanyakan wanita. Misalnya jika keluar membeli belah barangan dapur sekalipun, pasti ada sesuatu yang akan dibeli wanita untuk dirinya sendiri. Dan bila ditanya oleh pasangan lelakinya, kebanyakan wanita akan memberitahu lain dari yang sebenarnya, seperti dari segi harga atau pun potongan diskaun. Mungkin jika diskaun hanya 20%, ia akan ditambah jadi 30% misalnya.

5) Sukar simpan rahsia
Berhati-hati jika ingin berkongsi rahsia dengan wanita. Dibandingkan dengan lelaki, wanita lebih sukar menyimpan rahsia. Kaum wanita kebanyakannya suka bercerita dan berkongsi apa saja dengan kawan mereka termasuklah sesuatu yang sepatutnya dirahsiakan.

6) Saiz kasut lelaki
Pernah tak anda sebagai lelaki bertemu seorang wanita, dan dia akan memandang ke bawah melihat kasut anda? Mungkin ini dianggap sekadar mitos bagi sesetengah orang, tetapi percaya atau tidak, ada wanita biasanya menilai lelaki dari saiz kasut mereka.

7) Wanita tahu bila lelaki menipu
Kaum wanita memiliki naluri dalaman semulajadi yang mampu menimbulkan firasat yang tepat bila lelaki menipu atau membohonginya. Jadi berhati-hati sekiranya ingin berbohong dengan wanita, kerana mungkin mereka tidak menyatakan tetapi hakikatnya, mereka mudah tahu bila lelaki menipu.

Demikian beberapa rahsia atau perihal diri wanita yang boleh dijadikan landasan buat kaum lelaki agar lebih memahami wanita di sisi mereka. Bukankah wanita itu dijadikan untuk lelaki. Maka seharusnyalah sebagai lelaki mesti sentiasa berusaha memahami diri wanita agar lebih mudah dalam melayani, menghargai dan membahagiakan wanita di sisi anda.