Resepi Biskut Mangkuk Bersalut Coklat


Cara Tips Mudah Buat Bakar Rangup Sedap Manis Lazat Biskut Raya

Bahan-bahan A
100g mentega tidak bergaram
60g gula aising
20g susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila

Bahan B:
110g tepung serbaguna
50g tepung jagung

Bahan C:
Kacang tanah yang dihancur halus sebagai inti

Bahan D:

20g pes coklat

bahan E:

Coklat cair

Cara-cara :

1. Pukul bahan-bahan A sehingga gebu dan
ringan.

2. Bahan-bahan B diayak dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan A sehingga menjadi doh.

3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian, doh bahagian pertama dicampurkan dengan bahan D. Doh kedua dibiarkan kosong.

4. Balut sedikit doh kosong dengan bahan C dan bentukkannya dengan bentuk bebola.

5. Canaikan doh dengan ketebalan 3mm dan
potong doh dengan menggunakan acuan berbentuk bulat. Letakkan di bawah doh kosong.

6. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'c selama lebih kurang 20minit.

7. Paipkan coklat cair di atas biskut selepas biskut sejuk.Siap...