Resepi Cara Buat Biskut Cincin Pistachio


Resepi Biskut Raya Sedap Bakar Rangup Lazat Manis

Bahan A:
150g mentega tidak bergaram
100g gula aising
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
Secubit garam

Bahan B:
200g tepung serbaguna
20g tepung jagung
20g susu tepung
1g serbuk penaik

Bahan C:

Coklat putih cair

Bahan D:

Coklat cair

Bahan E:

Kacang pistachio goreng untuk hiasan

Cara penyediaan Biskut Cincin Pistachio:

1. Pukul bahan-bahan A sehingga gebu dan
ringan.

2. Bahan-bahan B diayak dan masukkan
sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan A sehingga menjadi doh.

3. Canaikan doh dengan ketebalan 3mm dan
potong dengan menggunakan alat pemotong
biskut.

4. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'c,sederhana lebih kurang 20 minit.

5. Celup biskut ke dalam bahan C.

6. Paipkan bahan D diatas permukaan biskut dan taburkan dengan sedikit bahan E untuk hiasan.