Resepi Lempeng Pisang Manis

Resepi lempeng pisang yang mudah dan senang cara membuatnya. Pelbagai resepi lempeng yang boleh dibuat dan di 'mix' kan untuk menjadikan resepi yang 'variety' atau pelbagai.



Ada yang mengatakan cara dan resepi lempeng adalah lebih kurang sama dengan resepi peknga dan pancake.

Resepi Lempeng Bukan Pisang Sahaja
Resepi lempeng bukan terhad kepada lempeng pisang sahaja. Pelbagai kaedah dan bahan yang boleh dicampurkan dan ditambahkan.

Jenis-Jenis Lempeng Selain Lempeng Pisang
Lempeng boleh dipelbagaikan antaranya lempeng kelapa, telur, buah-buahan, oat, lempeng ayam atau daging dan lain-lain mengikut kreativiti dan idea masing-masing.

Resepi Lempeng Pisang

Bahan-bahan:
1-2 cawan tepung gandum
Gula (ikut selera anda,jika mahu manis letakkan banyak)
Sedikit Garam
Sedikit Kelapa parut
Sedikit Minyak/Butter
7-8 biji pisang emas atau pisang lain
Air (Untuk adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik)

Resepi dan Cara Membuat Lempeng Pisang
1. Pertama sekali, penyekkan atau lenyekkan pisang.
2. Setelah pisang dilenyek/dilecek masukkan tepung gandum, gula, garam dan kelapa parut.
3. Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit dan cuba pastikan adunan tidak menjadi terlalu cair.
4. Masa untuk menggoreng! Letakkan sedikit minyak dan letakkan adunan tadi.
5. Bila lempeng sudah masak. Angkat dan sedia untuk dihidang.
6. Tunggu apa lagi. Masa untuk makan!

Selamat mencuba resepi lempeng pisang ini