Tandas Yang Boleh Menjana Tenaga Elektrik

Tandas luar biasa ini mampu mengitar semula air dan menjadikan najis manusia menjadi gas hidrogen yang boleh disimpan untuk tujuan membekalkan tenaga.



Bill Gates lelaki kedua terkaya di dunia memberikan hadiah kemenangan sebanyak AS$100,000 (RM312,688) kepada Institut Teknologi California kelmarin dalam pertandingan mencipta tandas berteknologi mesra alam.

Pengasas bersama syarikat perisikan komputer Microsoft Corporation itu menganjurkan projek memilih tandas untuk negara-negara membangun. Yayasan Gates turut mengumumkan dana sebanyak AS$3.4 bilion (RM10.63 bilion) untuk projek tandas tersebut.

Antara ciptaan yang dipamerkan itu ialah mentransformasikan bahan kumbahan manusia menjadi elektrik.