Ubat Pengasih Dari Tulang Singa

Ubat pengasih atau yang lebih dikenali dinegara kita sebagai minyak pengasih kini dikhabarkan boleh dihasilkan dengan hanya menggunakan tulang seekor singa.

Cara Buat Minyak Pengasih

Tulang singa menjadi komoditi yang laris dijual ke negara-negara Asia untuk digunakan dalam rawatan tradisional dan sangat popular untuk dijadikan ubat pengasih.

Tulang-tulang itu diperoleh dengan cara para pemburu Asia menyertai aktiviti memburu haiwan liar yang dibenarkan undang-undang.

Kira-kira 500 ekor singa diburu secara sah pada setiap tahun di Afrika Selatan.

Pemburu-pemburu itu dikenakan bayaran sehingga AS$20,000 (RM62,354) untuk memburu singa manakala bangkai haiwan tersebut dijadikan makanan anjing.

Ia menjadi rebutan kerana tulang harimau dilarang diperdagangkan berdasarkan undang-undang antarabangsa ekoran bilangan haiwan itu semakin berkurangan.