Video Aksi Nazmi Kelab SC Beira-Mar Portugal

Nazmi Faiz mencipta sejarah dalam bola sepak negara dengan menjadi pemain Asia Tenggara pertama bermain di Portugal dan akan mula mengorak langkah pula untuk mencipta nama di Eropah.

Perlawanan Gaya Gerak Langkah Nazmi Main Bermain Hebat Percubaan Juara Wira Malaysia

Dalam perlawanan pertama dahulu, SC Beira Mar mencatatkan keputusan seri 1-1, dengan Tondela. Pada perlawanan itu Nazmi berpeluang beraksi 25 minit terakhir perlawanan. Gol Beira Mar pula dijaringkan oleh penyerang baru kelab berkenaan Batatinha.

Perlawanan persahabatan kedua berlangsung semalam. SC Beira Mar akur kalah 3-1 kepada SL. Benfica dalam perlawanan itu. Khabarnya Benfica hanya menurunkan pasukan B mereka sahaja. Namun pengesahan yang sahih belum dapat dipastikan. Apapun mungkin Beira Mar juga menurunkan banyak pemain simpanan, sebagaimana Nazmi juga diturunkan. Namanya perlawanan persahabatan. Sudah tentu untuk menguji pemain bukan.

Semoga Nazmi Faiz Mansor terus berusaha demi memartabatkan nama beliau dipersada antarabangsa selain menaikkan imej bola sepak negara kita juga..