Video Aksi Nisha Dirr Lemas Disebalik Tabir Filem Hantu Air

Pelakon Nisha Dirr akui tidak dapat melupakan insiden yang hampir meragut nyawanya dua tahun lepas apabila dia hampir lemas ketika menjalani penggambaran filem arahan Murali Abdullah, ‘Hantu Air’, di Clearwater Sanctuary, Batu Gajah, Perak.

Watch Tonton Hantu air Full Movie 2012 Online Streaming Youtube Sinopsis

Pengalaman tersebut dikongsi sendiri oleh Nisha ketika ditemui pada majlis tayangan media filem tersebut di GSC Midvalley, petang Selasa.

“Ia merupakan kenangan yang saya tak boleh lupakan apatah lagi insiden itu hampir meragut nyawa saya. Ketika itu saya sedang menjalani babak terjatuh dalam tasik dan memerlukan saya berlakon seperti orang lemas. Semuanya bermula apabila seorang penyelam menolak saya dari bawah ke permukaan air namun ketika itu saya tak sempat ambil nafas. Jadi, bila masuk balik dalam air saya hampir lemas kerana tak cukup nafas.

“Bila penyelam itu nampak keadaan saya seperti itu, dia terus tolak saya ke atas dan kru produksi yang lain tolong selamatkan saya. Dalam keadaan kelam-kabut itu, pengarah terus menterbalikkan saya dan ketika itu saya terus muntah air. Alhamdulillah saya bersyukur kerana tak ada apa-apa masalah yang teruk berlaku,” ujarnya mengakui tidak pandai berenang.

Selain cabaran hampir lemas, Nisha juga mengakui agak sukar untuk melakonkan watak perempuan Melayu terakhir kerana dia tidak biasa dengan karakter lembut. Ketika ditemui, pelakon berusia 29 tahun ini turut memberitahu tidak dapat melupakan kenangannya berlakon bersama arwah Pak Zami Ismail dalam filem tersebut.