Anne Ngasri & Aliff Aziz Sah Putus Cinta


Sumpahan apakah sepanjang minggu ini yang menyaksikan perpisahan beberapa pasangan selebriti yang bercinta. Anne Ngasri sahkan yang cinta sudah tiada.



Bercakap kepada portal hiburan Murai, Anne Ngasri hari ini mengesahkan yang beliau & Aliff Aziz sudah membawa haluan masing masing dan menganggap sudah tiada jodoh.

Laporan asal keluar dalam sisipan hiburan Berita Harian dan Anne Ngasri mengatakan yang keluarga tidak menjadi punca perpisahan mereka berdua dan ia’nya akan kekal rahsia.

Anne Ngasri enggan mengulas lanjut tentang punca mereka putus cinta tetapi ada mengatakan yang ia’nya bersifat sangat peribadi antara diri’nya dengan Aliff Aziz.

Aliff Aziz sebelum ini beberapa kali menyuarakan hasrat untuk mengahwini Anne Ngasri sebagai tanda serius dalam hubungan mereka & nampaknya, jodoh tiada antara mereka berdua.