Bapa Terlampau Tembak Anak Sendiri

Seorang remaja lelaki menggadai nyawa membela nasib ibunya apabila bergelut dengan bapa kandungnya sebelum ditembak dengan pistol sebanyak dua das oleh lelaki itu.

Video Bapa Tembak Anak Kandung Kerana Cuba Selamatkan Ibu

Dalam kejadian 4.30 petang di Laluan Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat, di sini, mangsa, R Hariharen, 15, parah di kaki kirinya selepas ditembak dari dekat di pekarangan rumah mereka.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas suspek yang berusia 40-an datang ke rumah yang didiami isteri dan empat anaknya itu dengan menaiki kereta.

Menurutnya, pasangan itu yang tidak lagi tinggal sebumbung bertengkar di hadapan rumah berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham.