Gambar Peserta Janji Bersih Tunjuk Punggung

Ini antara gelagat peserta 'Janji Bersih' yang diadakan pada malam sambutan kemerdekaan kelmarin.



Semasa perhimpunan janji bersih yang diadakan pada malam 30 Ogos 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur telah berlaku beberapa insiden seperti berikut..

Semasa perhimpunan janji bersih yang diadakan pada malam 30 Ogos 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur telah berlaku beberapa insiden seperti berikut : -

1.Beberapa individu yang mempamerkan bendera baru untuk mengantikan bendera Malaysia (jalur gemilang ) ;

2.Beberapa individu yang bertindak memijak gambar pemimpin negara ; dan

3.Seorang individu yang menunjukkan punggung atas gambar pemimpin negara ;

Sehubungan dengan ini, satu laporan polis telah diterima, ia itu tun H.S.Lee repot 29960/12, pada 01 Sept. 2012.

Siasatan sedang dijalankan di bawah seksyen berikut : -

•Tindakan mempamerkan bendera baru untuk mengantikan bendera malaysia (jalur gemilang) disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948. Perbuatan ini boleh mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia ;

•Tindakan memijak gambar pemimpin negara disiasat di bawah Seksyen 290 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan ;

•Tindakan menunjukkan punggung di khalayak ramai disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Pihak polis memandang serius perbuatan – perbuatan ini yang mengugat kestabilan negara. Berikutan dengan itu, pihak polis mohon individu –individu yang terbabit untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.

Kegagalan berbuat demikian, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengesan individu – individu terbabit mengikut lunas undang-undang.