Harga Nokia Lumia 920 Malaysia RM2500

Nokia Lumia 920 bakal dijual di Eropah seawal bulan November ini.Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, ada kemungkinan Lumia 920 bakal dijual di Malaysia dengan harga RM2500, lebih mahal berbanding Samsung Galaxy S3 yang sedia ada.


Di Jerman, Nokia Lumia 920 bakal dijual dengan harga €649 (RM2,575) manakala Lumia 820 akan djual dengan harga €499 (RM1,980). Pengguna di Italy pula akan menerima harga yang lebih rendah iaitu €599 (RM2,377) untuk Lumia 920. Di Rusia, pengguna sudah boleh membuat tempahan awal Lumia 920 dengan harga 24,990 Russian Rubles (RM2,478) manakala Lumia 820 boleh didapati dengan harga 19,990 Russian Rubles (RM1,982). Buat masa ini masih tiada lagi sebarang berita bilakah Lumia 920 dan 820 akan tiba di Malaysia namun Nokia Italy dilaporkan akan mula menjual kedua-dua telefon pintar Windows Phone 8 ini bermula pada 12 November tahun ini.