Konsert Punk Anjuran DAP Sempena Sambutan Hari Malaysia 2012

Eyeah..best nye boleh tengok dan dengar puas-puas muzik punk dari kumpulan Second Combat ni..Bukan senang nak tengok konsert free ni toi tak..

DAP Konsert Punk Hari Malaysia

Tak heranlah bila dekat nak undi ni banyak berita berkisarkan hal berkaitan politik.Yang tak syoknye berita tak berapa elok jer..Portal Mynewshub hari melapurkan berita dimana sebuah konsert punk anjuran parti politik DAP akan diadakan pada sambutan hari malaysia 16 sep ini.

Khabarnya persembahan percuma ini khas untuk generasi muda yang akan turut membawakan lagu-lagu bermesej positif yang mendokong idea kebebasan, demokrasi dan keadilan selain melindungi alam sekitar.

Dengan adanya persembahan ini akan memberi inspirasi kepada golongan muda untuk komited dengan perubahan sosiopolitik negara.

Second Combat ditubuhkan pada tahun 1995. Ia dianggotai oleh dua orang anak muda, Khairuddin Aziz (Ein) dan Azwari Zainal (Arwith).

Kumpulan ini bergiat aktif dalam dunia muzik indie yang turut menempa nama di Eropah.

Dengan mengetengahkan lirik yang menolak dadah, rokok dan seks bebas, ia menjadikan kumpulan ini sebagai sebuah band yang ‘politikal’.

Selain itu, anggota Second Combat ini juga turut memasuki sekolah-sekolah bagi memberi ceramah tentang bahaya dadah serta berkongsi pengalaman mereka sendiri.

Konsert bertemakan“Malaysia Milik Kita Bersama” pada Ahad ini turut menampilkan kumpulan hip hop, 5forty2.

Persembahan muzik ini akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) pada jam 8 malam.

Setahu admin muzik punk ini diketahui liar keterlaluan dan tidak sesuai sama sekali dijadikan ikutan untuk generasi muda kita.